BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Oct 21, 2009

5 in 1

Yes! The time has come. Hari ni saya akan include semua past aktiviti saya within last weekdays + weekends. Harap semua bloggers tergoda :D

1st Event - Trip to SSM, Putra Place, The Mall
Date : 15/10/2009
Time : 2.00 pm onwards
Venue : Companies Commission of Malaysia (SSM)
Whom : All Part 6 Students of Bachelor in Corporate Administrative, UiTM Shah Alam

It was so entertaining when we stepped up at SSM, The Mall. Kelakar pun ada gak, but it was such an experienced moment I spent there with all my coursemates. Banyak dapat info tentang Secretarial in practices. Peeps, don't get me wrong, this is one of the professional course in Malaysia :) Masa ni kan, teruja bila tengok apa yg kita buat dalam workshop, kita dapat witness sendiri in the real life situation. The scanner, printer, how machines completed men's work and etc. Waktu ni memang puas hati sebab dapat tengok forms, all those complicated wording kat sini and dapat pegang sendiri dengan tangan hehe. Belle kata apa, "tiba2 rasa macam nak jadik Company Secretary la pulak bila dah tengok semua benda alah ni, hehehe"
- Theory is harder than practical

2nd Event - Movie Trailer, Sorority Row
Date : 16/10/2009
Time : 9.10 pm
Venue : TGV Bukit Raja
Whom : Me & Yayang <3

Muvi ni tentang house-sisters (five of 'em) yang sangat2lah rapat. Kiranya kan, whatever yang dorang berlima ni buat mesti lah sama2, sampai la pada satu malam tu, Theta Pi ada organized party graduation untuk seniors dorang. And because of one prank went wrong, the all five of them terpaksa bersumpah, sehidup semati yang takkan ada sesape pun yg bocor rahsia tu. Rahsia apa tu?Jeng 3x, catch this muvi and you'll figure it out by yourself. From my point of view, cite ni best tapi slow tahap siput babi bergerak jadik dalam panggung saya menguap byk kali gak la. Yayang pulak tak abes2 buat conclusion sendiri. Well, some of them were true hehe. Cite mcm ni similar dengan Scream, I Know What You Did Last Summer, I Knew Who Killed Me (Lindsay Lohan) which is thriller type, yg ada serial killer and everyone who involved, must die. Seraaammm!

3rd Event - Mock Meeting Competition
Date : 17/10/2009
Time : 9.00 am - 12.30 pm
Venue : Seminar Room, Faculty of Administrative Science & Policy Studies
Whom : All BCA Part 6 Students

Mock Meeting competition ni, one of the coursework that need to be completed with. Of course there's marks :) Boleh tahan gak la nak siapkan notice, agenda, the chairman's script and minutes for the said meeting. FYI, mock meeting ni adalah sequence kpd Trip to SSM tu. By overall, the Co. Secretary is responsible for all the duties yg berkaitan. From this competition, judges akan tengok samada kita buat according to the questions that had been given. Tapi group kitorang tak menang pun, dapat num 3 je dari 3 group yg bertanding. Ehhee, takpe, just 3 group je bertanding. Apadahal kan, janji hamper besar you! :D

4th Event - Melaka Raya!
Date : 17/10/2009
Time : After Mock Meeting completed - 1.00 pm onwards
Venue : Jasin Height, Merlimau, Telok Mas & Medan Ikan Bakar Pernu


Sabtu last week memang best. Pas je mock meeting abes, saya shoot trus driving ke Melaka coz ada buat makan2 from my 2 uncles, sorang kat Jasin and another one kat Telok Mas, Melaka. Pic tak sempat nak di captured sebabnya saya jadik terlalu letih coz driving dlm tgh hr buta. Mata ni rasa kecik sangat huhuhu. Tapi makanan yg dihidang memang lain dr open house yg lain sebab dia cuma buat nasi putih+sambal udang+masak lomak pisang+sambal belacan+ulam2. Saya sgt berselera okkk hehe. Pastu trus ke Merlimau, rumah nenek sedara saya. Jadik la bermanja2 dengan nenek sedara walopun nenek dan atuk kandung dah 2 tahun lebih mengadap illahi (Al-Fatihah). Ni je la masa saya nak rasa masakan nenek, tah bila tahun lagi dapat bersua muka. Nenek Melah hidangkan kitorang dengan nasi jagung. Hehehe, saya masih lagi belum full okkkk :D

Malam pulak, kitorang makan2 kat Medan Ikan Bakar Pernu kat Umbai. Affordable tau, yg kami makan kat atas tu less than RM 100. Can you imagined? My favorite is kupang & kerang rebus.. Adoiii itchy nya saya! Tapi makan gak, sebab dah berkenan ;) Yg kureng sket kat sini (bagi saya la) sambal cicah untuk siakap bakar, kupang dan kerang tu. Rasanya lagi sedap dekat Ismail Ikan Bakar, tanah tumpah darah saya hehehe, mana lagi kalo bukan di Penang. Sebut je depan Seagate, mesti orang Penang tau. Hehe. Kat Pernu ni, ikan bakar lawan nya dengan nasi lemak, tapi kat Penang dengan nasi puteh. Saya kurang sket makan dengan nasi lemak ni, maybe sebab dah terbiasa dengan nasi puteh je ;p

5th Event - Historical Monument, Hang Tuah
Date : 18/10/2009
Venue : Tanjong Keling, Melaka
Whom : Me, Bonda and Mak Ndak

Last day di Melaka sebelum nak balik KL, sempat gak masuk jalan kampung dan singgah Tanjong Keling. Yang ni makam Hang Tuah (katanya la). Bonda kata, Hang Tuah ni takde jasad sebab masa dia (Bonda) Form 6 dulu dia belajar Sejarah Malaysia, dia kata Hang Tuah ni hilang selepas Keris Taming Sari dia campakkan ke tanah. Kiranya keris tu terbenam la. Hang Tuah akan muncul balik bila keris tu timbul semula. Based on history. Tapi saya ni jenis yg suka sejarah a.k.a. peninggalan lama2 dulu. Entah la, mungkin saya ni old school kot. Alah, apadahal kan? Hehehe :) Takpelah, whether betul ke tidak ke, saya cuma posted je kat sini, sebabnya minat Sejarah kita dulu2.. Batu yg berukir (2nd pic) tu ada dalam 3 version : Melayu, English dan Jawi. Kat situ terukir sedikit sebanyak tentang Hang Tuah.

Untuk clarification tentang Hang Tuah Pahlawan Melayu ni, rajin2kan baca buku sejarah sebab saya tau, mesti ramai yg clash pendapat dengan saya. Takpe, your opinion, your way dan saya takkan argue. This is all on your readings. You may correct me if I'm wrong.

Okay, let me conclude all. Entry kali ni, lebih banyak dari biasa. Saya tetap nak upload sebab rasa sayang dan tertinggal pulak bila kosong je blog saya. Cuma, kalau ada yg tersalah dan silap tentang apa2 sekalipun, 10,000 apologizes. I am here, just to expressed my opinions. Selamat membaca, menilai dan tergoda ;p

0 comments:

Powered By Blogger