BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sep 19, 2009

Salam 'Aidilfitri 1430 Hijrah


Alhamdulillah, dah hampir 30 hari kita puasa kan? Sekejap nya masa berjalan sedar2 dah masuk Syawal dah... Sayu rasanya bila nak tinggalkan bulan Ramadhan ni agaknya panjang ke tidak jodoh saya untuk jumpa dengan Ramadhan dan Syawal tahun depan? Sama2 kita berdoa.. Untuk penatap2 blog semua, entry kali ni saya akan upload pic 'raya foods'. Wahh malatopp hehe :) so lepas ni entry saya yg berkaitan dgn current issue dan yg sewaktu dengan nya. Sepangjang bulan puasa ni, macam2 dah yg saya belajar, dr segi memasak, menahan diri dr lapar dan dahaga, puasa mata, telinga dan mulut... Tapi untuk yg benar2 beriman sahaja yg mampu menahan sampai ke tahap mcm tu, bak kata Tuan Haji Idrus, pensyarah accounting saya. Kita ni hanyalah manusia biasa yg hanya menahan lapar dan dahaga di bulan puasa ni.
 
Siapakah orang2 yg berpuasa tu? Orang yg berpuasa tu adalah orang2 yg beriman, dan orang yg beriman itu adalah orang yg bertakwa. Bila orang yg bertakwa itu bertakwa, dia adalah orang2 yg berilmu. Manusia yg paling beriman adalah Nabi Muhammad s.a.w. KITA? Di mana ranking kita antara orang2 yg beriman ni? Waallahualam... Hanya Allah s.w.t yg mengetahui segalanya, kita sebagai umat dan hamba Allah hanya mampu berdoa dan memanjatkan kesyukuran kepadaNya. Ni antara mukadimah yg Tuan Haji beri pada kami masa ada kelas dgn dia. Saya suka cara dia approach kami. Bila masuk kelas, mesti akan ada mukadimah yg berkaitan dgn hal2 agama, dan bila abis masa mesti tak penah missed tazkirah untuk student2 dia. Tuan Haji Idrus yelah antara cikgu2 pertama saya yg ada mukadimah dan tazkirah, untung dpt lecturer mcm ni ;)

Sepanjang hidup saya ni, andai ada tersalah kata, tersilap bahasa, terkasar yg tak semena2, terambil tanpa bicara, terkuat suara tiba2, tersasul ayat dan terluka mana2, saya hanyalah manusia biasa yg melakukan kekhilafan dan kesalahan, tiada yg sempurna dr saya tetapi kesempurnaan hanyalah dari Allah yg maha esa. Ampun dan maaf dipinta sepanjanang perjalanan saya di blog ni. Akhir kata, sempena Syawal yg mulia ni, bermaaf2an lah antara kita, maafkan segala salah dan silap yg lampau. Jangan ada dendam antara kita. 

0 comments:

Powered By Blogger